Login | Peta laman |  English Bahasa Malaysia | 3 Pengunjung
Tema
 

MENU

Kajian
Sejauh manakah anda mengenali Pendidikan Khas?
75% Answer 1
13% Answer 2
13% Answer 3

PAUTAN

MENGENAI SEKOLAH
Guru Besar
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Guru Penolong Kanan HEM
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
>>  Baca seterusnya

UTAMA
Kenali Kanak-kanak Autisme

Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi
dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin
terus hidup dalam dunianya sendiri.

Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri
dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan
sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam
fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang
lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi,
emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang;
biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.


Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan
kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima
orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan
memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya
proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha
menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya
dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah
sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Antara
kanak-kanak autisme ialah:

l — Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan
berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:
- Tidak menghiraukan orang lain.
- Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
- Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
- Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
- Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
- Lebih suka bermain sendiri.
- Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi - Lambat bercakap.
- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
- Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
- Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
- Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
- Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka
kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan- Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah
terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
- Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan
berpusing dan memutar objek.
- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan
di luar kawalan.
- Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
- Tidak boleh duduk diam.
- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.

d. Masalah tingkah laku- Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti
mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang
merosakkan seperti mencederakan diri.
- Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan
buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.
- Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
- Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang
lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.
Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu
membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap
kanak-kanak autisme sebagai bodoh.

“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu
cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai
bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

“Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan
berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai
kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan
Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme
anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme
boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila
anak mencapai usia tiga tahun.

Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu
kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap
segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari
guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme
berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan
memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain,
malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Panduan membentuk hubungan sosial
Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri
dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.

Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang
ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.

“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak
autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak
dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan
orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.

“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak.
Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak. Ini membolehkan anak belajar
untuk menunggu giliran dan berinteraksi.

“Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar,
dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah,” katanya.

Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara
sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.

Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta
markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil
iaitu pada umur empat atau lima tahun).Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan
kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak
autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya.Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak
boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.

Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean u
ntuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil
kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.

“Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka masih
tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri,
cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.

“Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir
di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan
ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta
membuat sistem mentor,” katanya.

Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya seperti
kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial, pencapaian
akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak autisme.Corak pemikiran
dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada kemahiran memahami
logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.

Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka
mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran.
Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah
jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.

Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami
Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian,
mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting.

Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan
pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab),
sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif bagi mengekalkan
daya tumpuan anak.

“Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta
pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset
rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan
pembelajaran anak autisme.

“Apabila semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek
atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, i
a perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara.

“Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak.
Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan.

“Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik
orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan
berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak,” katanya.”








Carian Google
 
  

GURU BESAR

 


>>  Baca seterusnya


Gambar Kelas

Gambar Sekolah

GPK KURIKULUM
 

GAMBAR KELAS

Arkib
 :: SENARAI GURU, PPM DAN MURID PK SKARY 2010 
 :: DISLEXSIA 
 :: Kenali Kanak-kanak Autisme 
 :: TAHNIAH PN SALIZA 
 :: SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2009 
 :: SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG 

OLEH PENDIDIKAN KHAS SKARY